'Muhyiddin perlu digugur segera' - Anwar kemuka usul hilang percaya
  • 3 years ago
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam usul yang disampaikan kepada speaker Dewan Rakyat, Anwar juga mahu Muhyiddin dimakzulkan (digugurkan) daripada jawatan perdana menteri dengan segera.

Beliau turut menyifatkan sidang Dewan Rakyat yang ditangguhkan hingga jam 5.15 petang kerana terdapat kes positif Covid-19 sebagai 'helah kerajaan'.