Tak boleh bawa usul undi tak percaya, Hadi bawalah usul undi percaya - Anthony Loke
  • 4 years ago
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menggesa agar usul percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 dibawa di Dewan Rakyat dalam sesi akan datang.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menyifatkan bahawa usul tidak percaya PM adalah sebagai tidak percaya kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.

"Kalau tak nak buat usul undi tidak percaya, Hadi boleh buat usul undi percaya kepada Tan Sri Muhyiddin. Sebelum ini beliau nak buat usul undi percaya kepada Tun Mahathir tapi dah tarik balik."

"Sekarang ini kita tak payah berpolemik sangat. Kalau tak boleh buat usul undi tidak percaya, kita buat usul undi percaya."

Kata Anthony lagi, Muhyiddin akan dapat menentukan jumlah sokongan yang diterimanya sebagai perdana menteri selepas pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.