Kenapa elak usul undi tak percaya kalau ada majoriti_ - Khalid (1)
  • 3 years ago
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Muhhyiddin Yassin mengelak daripada berdepan dengan usul undi tidak percaya di parlimen sekiranya yakin mempunyai sokongan majoriti.

Kata Khalid, keadaan kerajaan Perikatan Nasional yang diibaratkan seperi 'telur di hujung tanduk' itu telah memberi kesan kepada negara apabila ketidakstabilan politik memberi kesan kepada pelaburan luar.