Seks luar tabii_ Undang-undang syariah Selangor tak sah, kata Mahkamah Persekutuan
  • 3 years ago
Mahkamah Persekutuan mengetepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Barisan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat hari ini sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Ini dengan alasan bahawa perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa undang-undang persekutuan dan bukan negeri.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/564261