RCI Forex: Mahkamah tolak cabaran undang-undang Dr M

  • 5 years ago
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak cabaran undang-undang Dr Mahathir Mohamad untuk memasukkan kandungan yang hilang di dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian tukaran wang asing (forex) pada 1990-an.

Ini susulan Hakim Azizah Nawawi membenarkan bantahan awal bahawa penemuan dalam RCI tidak boleh dicabar di mahkamah kerana mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rakaman VK Lingam.

"Oleh itu, mahkamah berpendapat ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mempersoalkan kandungan dalam laporan RCI itu," kata peguam Mohd Haniff Khatri Abdullah yang bertemu hakim di dalam kamar mahkamah.

Haniff berkata beliau menunggu arahan daripada Mahathir sama ada untuk merayu keputusan hari ini atau tidak kerana pihaknya tidak mencabar penemuan RCI itu.

Sebaliknya, kata Haniff, cabaran undang-undang berkenaan memohon laporan itu memasukkan serahan daripada pihaknya.