Dua kali gagal singkir Sri Ram, Najib akan rayu ke Mahkamah Persekutuan

  • 5 years ago
Najib Razak sekali kali gagal dalam cubaan kali keduanya untuk membatalkan kelayakan Gopal Sri Ram selaku timbalan pendawa raya kanan dalam perbicaraan berkaitan kes 1MDB.

Mahkamah Rayuan hari ini tidak bersetuju dengan dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa penglibatan Sri Ram dalam pasukan pendakwaan akan menafikan haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil memandangkan dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan.

Berikutan keputusan itu, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahakamah bahawa dia akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan meminta perbicaraan tersebut didengar oleh kuorum tujuh hakim.

Hakim Zabariah Mohd Yusof yang mengetuai panel tiga hakim hari ini memutuskan bahawa rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 1 Mac yang menolak permintaan untuk melucutkan kelayakan Sri Ram sebagai tidak mempunyai merit.

“Soalan yang patut ditanya ialah, adakah jika Mahkamah Tinggi tidak membenarkan perayu melihat surat pelantikan Sri Ram, dan membenarkan Sri Ram terus menjadi pendakwa dalam perbicaraan kes melibatkan perayu, adakah ini melupuskan hak perayu?

“Kami berpandangan, ia tidak begitu.

“Nampaknya, keputusan Mahkamah Tinggi itu bermakna perayu tidak mempunyai hak untuk melihat surat pelantikan Sri Ram dan (keadaan) Sri Ram terus menjadi timbalan pendakwa raya kanan dalam kes melibatkan perayu- ia tidak melupuskan hak-hak perayu.

“Kami tak nampak bagaimana hal ini akan memberi kesan terhadap hak perayu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil,” katanya.

Dua orang lagi hakim ialah Rhodzariah Bujang dan Lau Bee Lan.

Najib mendakwa kelayakan Sri Ram selaku pihak pendawa patut ditarik memandangkan dia terlibat dalam proses siasatan 1MDB.

Bagaimanapun, Sri Ram menafikan hal itu dan mendedahkan pelantikannya dibuat oleh Peguam Negara Tommy Thomas pada 31 Ogos 2018.

Sebelum itu, Hakim Mahkamah Tinggi Colling Lawrence Sequerah turut memutuskan Najib tiada hak untuk meminta Sri Ram menunjukkan surat pelantikannya memandangkan doku

Recommended