Belum ada vaksin Covid-19 melepasi ujian klinikal
  • 3 years ago
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah merangka Pelan Vaksinasi Covid-19 khusus bagi rakyat dan bersedia untuk melaksanakannya sebaik vaksin diperolehi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pelaksanaan program vaksinasi akan dilakukan secara berperingkat dengan mengutamakan kumpulan berisiko tinggi mendapat jangkitan seperti anggota barisan hadapan, warga emas dan pesakit komobiliti seterusnya diperluaskan ke rakyat lain.

Katanya, setakat ini berdasarkan pemantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 202 jenis vaksin sedang diuji.

Katanya, setakat ini berdasarkan pemantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 202 jenis vaksin sedang diuji.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 155 jenis vaksin masih di peringkat ujian pra-klinikal dan 47 lagi di peringkat klinikal.

"Namun, hanya 10 daripada 47 vaksin di peringkat klinikal itu sedang berada di ujian fasa ketiga tapi belum ada lagi vaksin melepasi berkenaan dan bersedia didaftarkan bagi kegunaan ramai," katanya ketika sesi pertanyaan dan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang bertanya pelan khusus dan strategi KKM dalam menyediakan pelan vaksinasi kepada rakyat Malaysia apabilan vaksin Covid-19 diperolehi supaya imuniti kawanan dapat mencapai sekurang-kurangnya 85 peratus seperti disyorkan oleh WHO.
Recommended