KKM: Belum ada bukti Covid-19 boleh disebar melalui pembungkus makanan
  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan hari ini menyatakan masih belum ada bukti yang menunjukkan bahawa virus Covid-19 boleh disebarkan melalui makanan ataupun pembungkus makanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, punca jangkitan Covid-19 setakat ini masih dikenalpasti melalui titisan cecair pernafasan dari individu ke individu ataupun melalui permukaan secara tidak langsung.

Beliau mengulas laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC) Sabtu lalu yang mengatakan virus Covid-19 boleh disebarkan melalui bungkusan makanan beku.
Recommended