'Bekalan pertama vaksin CanSino tiba hujung Julai, J&J belum ada berita'

  • 3 years ago
Bekalan pertama vaksin CanSino Biologics Covid-19 dijangka tiba ke Malaysia pada Julai, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

"Kita akan terima bekalan vaksin (dari CanSino) pada bulan Julai.

"Kita sedang memuktamadkan jadual penghantaran untuk CanSino, tetapi saya yakin vaksin CanSino dapat diagihkan pada penghujung bulan Julai," kata menteri penyelaras program imunisasi Covid-19 kebangsaan itu dalam sidang media hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/officialmosti/videos/5654122887994023