MKN- Belanjawan 2021 tidak boleh dibentang secara maya

  • 4 years ago
Pembentangan Belanjawan 2021 tidak boleh diadakan secara maya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Parlimen (Standing Order), kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjawab soalan media sekiranya pembentangan Belanjawan 2021 boleh diadakan secara maya susulan terdapat kakitangan Dewan Rakyat didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun katanya, SOP sidang Dewan Rakyat kali ini akan diperketatkan, antaranya semua ahli Parlimen perlu melaksanakan ujian saringan dan hanya dibenarkan membawa dua pegawai sahaja.

Recommended