Belanjawan 2021 mungkin tidak dapat sokongan penuh kecuali dipinda - Anwar
  • 3 years ago
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini memperingatkan tanggapan bahawa Belanjawan 2021 akan mendapat sokongan penuh di parlimen, kecuali jika pindaan dibuat untuk membela kebajikan rakyat dengan lebih baik.

Dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 hari ini, ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian susulan ucapan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat lalu yang tidak menyebut tuntutan dibuat oleh Pakatan Harapan, sebagai sebahagian daripada usaha awal untuk mendapatkan sokongan bipartisan.
Recommended