PKPB di Klang, tiga daerah lagi di Sabah mulai 9 Oktober
  • 4 years ago
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperluaskan ke empat lagi daerah iaitu Klang, Sandakan, Papar dan Tuaran dalam langkah kerajaan mengekang penularan Covid-19.

Mulai 9 Oktober ini, hanya perkhidmatan penting dan industri yang diluluskan yang dibenarkan beroperasi di empat daerah ini.

Restoran, teksi, e-hailing dan stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 6 petang.