PKPB semula di seluruh Selangor, KL, Putrajaya mulai 14 Oktober ini
  • 4 years ago
Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB ) dikenakan semula ke atas Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakub, PKPB itu terpaksa dilaksanakan susulan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan dan penularan kes, seperti di Klang di Petaling dan Gombak serta daerah-daerah lain.

“Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam,14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

“Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah sepertiberikut. Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan.