Enam kluster baru hari ini libat KL, Selangor, Putrajaya, Johor dan Sabah
  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat enam kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu dua di negeri Kuala Lumpur, satu di Sabah, Selangor, Putrajaya dan Johor.

Kluster-kluster diberi nama Kluster Baiduri (KL), Kluster Bah Perdana (KL), Kluster Kolong (Sabah), Kluster Bah Tropicana (Selangor), Kluster Rinting (Johor) dan Kluster Bah Kasturi (Putrajaya).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian dalam sidang media Covid-19 menerusi siaran langsung di Facebook KKM, hari ini.