Daerah Kota Setar kena PKPD pentadbiran mula esok - Ismail Sabri
  • 4 years ago
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran akan dikuatkuasakan di 28 mukim di Kota Setar, Kedah bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 25 Sept.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia akan membabitkan seramai 366,787 penduduk secara keseluruhan.

Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas hari ini selepas mengambil kira peningkatan kes positif Covid-19 kluster Sungai dan Tawar di daerah berkenaan.