Kluster Sivagangga- PKPD pentadbiran di empat mukim di Kedah
  • 4 years ago
Kerajaan telah meluluskan permohonan negeri Kedah untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat mukim di Kedah.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), perintah itu akan dilaksanakan bermula 3 hingga 30 Ogos berikutan penambahan 11 kes positif dari Kluster PUI Sivagangga.

Menurut Ismail, ujian saringan akan dibuat ke atas kira-kira 7,000 penduduk di empat mukim terbabit.