Amanjaya, Kedah akan dikenakan PKPD pentadbiran mulai 28 Ogos
  • 4 years ago
Amanjaya, Kedah akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan secara pentadbiran (PKPD) mulai esok bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata TEMCO akan dikuatkuasakan di kawasan itu sehingga diberitahu kelak.

Perintah itu akan dikenakan ke atas tiga zon melibatkan 22,360 penduduk dan 265 keluarga, di mana semuanya akan disaring oleh pegawai Kementerian Kesihatan.