'Selepas 50 tahun, sistem pendidikan masih gagal didik makna Rukun Negara'
  • 4 years ago
Felo Utama Bersama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Teo Kok Seong berkata sistem pendidikan telah gagal menerapkan prinsip Rukun Negara kepada rakyat di negara.

Menurut pakar Bahasa Melayu itu, walaupun Rukun Negara diinspirasikan daripada Pancasila di Indonesia, namun penghayatannya sangat lemah berbanding Pancasila yang sangat dijiwai oleh rakyat Indonesia.

Katanya lagi, walaupun selepas 50 tahun diperkenalkan, Rukun Negara masih tidak memberi kesan kepada rakyat Malaysia kerana tidak pernah dimasukkan dalam kurikulum pendidikan negara untuk dinilai dan dianalisis.

Beliau berkata demikian dalam program 'Bicara Kenegaraan Siri 1' anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya pagi ini.