Xavier- Azmin bohong, Tengku Zafrul 'tembak kakinya sendiri'
  • 4 years ago
Bekas menteri tenaga dan sumber asli, Xavier Jayakumar menyifatkan Menteri Kanan, Mohamed Azmin Ali berbohong apabila mengatakan beliau tidak tahu mengenai sebarang projek rundingan terus ketika menjadi menteri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Menurut Xavier, kelulusan projek-projek itu dibincangkan dalam mesyuarat menteri kabinet sebelum ini dan Azmin turut hadir dalam mesyuarat itu.

Sementara itu Xavier turut menggesa Tengku Zafrul Abdul Aziz supaya berhati-hati dalam 'bermain politik' dan memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Menteri Kewangan
Recommended