"Benarkan saya mulakan tugas saya dahulu hari ini" - Tengku Zafrul
  • 4 years ago
Meskipun bukan berlatar belakangkan seorang ahli politik sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berharap isu politik tidak menganggu tugasnya di kementerian itu nanti.

Bercakap kepada pemberita selepas acara angkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara pagi tadi, bekas CEO Kumpulan CIMB itu berkata apa yang perlu difokuskan adalah cabaran ekonomi yang sedang dihadapi negara.

Pada masa sama, beliau enggan mengulas sama ada negara perlu meneliti semula Belanjawan 2020.

"Saya rasa benarkan saya mulakan tugas saya dahulu hari ini. Saya akan dapatkan kenyataan ringkas daripada KSP tengah hari ini," katanya.

Katanya, beliau akan memulakan tugasnya di Kementerian Kewangan pada jam 4 petang ini selepas selesai majlis mengangkat sumpah di Istana Melawati di Putrajaya.
Recommended