Sarawak kembali hijau, tindakan KKM hantar pasukan khas tepat
  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan secara rasmi bahawa Sarawak kembali menjadi negeri berstatus ‘hijau’ selepas merekodkan catatan sifar kes Covid-19 selama 14 hari.

Ketika mengumumkan hal itu, dia memuji kejayaan satu pasukan khas yang dihantar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memerangi wabak itu di negeri berkenaan bulan lalu, ekoran peningkatan bilangan kluster yang dikesan di sana.