Pasukan khas dibentuk selaras saringan pekerja Top Glove - Ismail

  • 3 years ago
Satu pasukan khas (task force) telah dibentuk bagi menyelaras gerak kerja melibatkan proses saringan dan kuarantin pekerja serta penutupan kilang Top Glove di Klang, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ini susulan peningkatan kes yang tinggi di bawah Kluster Teratai yang melibatkan pekerja di syarikat pembuatan sarung tangan getah itu.

Pasukan ini akan dianggotai oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan IPD Klang.