Pekerja syarikat dibenar beroperasi wajib jalani saringan Covid-19
  • 4 years ago
Semua sektor yang beroperasi sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) Fasa 3 diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Menteri Kanan (Ekonomi) Azmin Ali, ini termasuk memastikan pekerja-pekerja menjalani saringan kesihatan di lebih 3,000 klinik kesihatan panel PERKESO.