Kluster Sivagangga dikhuatiri perebak utama, merebak dengan cepat
  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan (KKM) bimbang kluster Sivagangga yang bermula di Kedah ada kaitan dengan genom Covid-19, yang dikenal pasti sebagai perebak utama (super spreader) di Mesir dan Pakistan.

Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu sidang media hari ini bahawa pihaknya mendapati kluster tersebut - yang dikesan oleh KKM daripada pemilik sebuah kedai nasi kandar di Jitra - tersebar "sangat cepat" berbanding kluster lain di negara ini.