Saya bimbang dengan 13 kluster baru Covid-19'
  • 4 years ago
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan kebimbangan terhadap kewujudan 13 kluster penularan Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), baru-baru ini.

Ini katanya termasuk kluster restoran di Brickfields, Kuala Lumpur, kluster Stutong di Sarawak dan kluster berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara.

Sehubungan itu, Muhyiddin menasihatkan orang ramai supaya tidak lalai dan alpa, kerana pandemik Covid-19 belum berakhir.