'Saya tetap dengan kenyataan saya' - Xavier Jayakumar

  • 3 years ago
Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar pagi ini mengelak soalan pemberita ketika diminta mengulas tindakannya keluar daripada PKR dan menjadi ahli parlimen bebas serta menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya tetap dengan kenyataan saya," katanya ringkas sebelum menaiki kereta ketika ditemui selepas beliau menerima suntikan vaksin Covid-19 di Dewan Kompleks Sukan MPKL hari ini.