PRK Slim guna pakai SOP PRK Chini - Ismail Sabri

  • 4 years ago
Prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini akan digunakan bagi PRK Slim pada 29 Ogos depan.

Demikian jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada hari ini.

Namun, beliau juga mengumumkan beberapa penambahbaikan bagi SOP di PRK Slim nanti.