Ismail- SPR akan bentang SOP ketat untuk PRK Batu Sapi
  • 3 years ago
Kerajaan akan berbincang bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi yang bakal diadakan 5 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tiada kuasa untuk menangguhkan mahupun membatalkan PRK tersebut kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.