PRN Melaka akan dilaksanakan dengan SOP ketat - Ismail
  • 3 years ago
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau mengambil maklum kebimbangan rakyat berhubung risiko penularan Covid-19 jika Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan.

Semasa ditemui media di Putrajaya hari ini, Ismail berkata media sosialnya dihujani pandangan orang ramai kerana bimbang akan berlaku peningkatan kes seperti yang berlaku pada PRN Sabah lepas.