SOP hadapi musim banjir mengikut situasi semasa Covid-19 - Ismail Sabri
  • 3 years ago
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sudah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi musim banjir.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP berkenaan sudah dirangka bagi disesuaikan dengan keadaan semasa negara yang masih bergelut dengan Covid-19.

Menurutnya, akan berlaku perubahan dari segi penjumlahan mangsa yang akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan perlu melaksanakan penjarakan fizikal.