KKM keluar SOP baru nyah cemar - Ismail Sabri
  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi agensi berkaitan melaksanakan operasi sanitasi awam atau nyah cemar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata KKM mengeluarkan garis panduan itu selepas pihaknya menerima banyak aduan berhubung pelaksanaan operasi terbabit.

"Sebenarnya kita terima banyak aduan yang mengadu mengenai cara nyah cemar dilaksanakan, ada mengatakan tidak ikut peraturan dan sebagainya.

"Jadi KKM mengeluarkan SOP dan garis panduan untuk cara nyah cemar dilaksanakan oleh agensi berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.