_Saya pergi pasar malam dapat wang palsu_ - MP Jelebu bangkit isu wang palsu

  • 4 years ago
Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias hari ini membangkitkan isu wang palsu yang semakin berleluasa apabila berkongsi pengalaman turut menjadi mangsa menerima wang palsu .

Beliau bertanya soalan tambahan ketika sesi pertanyaan dan jawab lisan di parlimen oleh Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah.

Susulan itu Mohd Shahar menjelaskan kadar wang palsu di negara ini ditentukan berdasarkan 'pieces per million' (PPM) dan pemalsuan wang masih lagi rendah iaitu satu bagi setiap sejuta.