'Kanak-kanak tak tonton propaganda kerajaan' - Hannah bangkit isu video pendidikan seks

  • 3 years ago
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun hari ini menjelaskan, kementeriannya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk membatalkan tayangan kempen video pendek pendidikan seks di Youtube.

Terdahulu ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mempersoalkan mengapa kempen tayangan lima video pendek pendidikan seks berkenaan sentuhan selamat dan tidak selamat di Youtube dengan kerjasama Google telah dihentikan.

Menurut Hannah, kempen terdahulu membolehkan video kempen itu disiarkan sebagai iklan Youtube untuk video-video popular seperti 'Baby Shark' kerana kanak-kanak tidak akan pergi ke laman web kementerian untuk menonton propaganda kerajaan.