PKR akan bincang isu klip video seks dalam mesyuarat petang ini
  • 5 years ago
PKR akan membincangkan isu klip video seks yang didakwa mirip Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dalam mesyuarat biro politik pada petang ini, kata Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.

Parti itu juga dijangka akan membincangkan tindakan terhadap Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.