PN tak akan laksanakan pilihan raya PBT, namun Zuraida masih sokong
  • 4 years ago
Kerajaan Perikatan Nasional telah memuktamadkan untuk tidak mengadakan pilihanraya pihak berkuasa tempatan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Zuraida Kamaruddin.

Namun Zuraida masih menyokong kelebihan perlaksanaannya termasuk bagaimana ia dapat meningkatkan kualiti ahli majlis tempatan.

Bercakap di Dewan Rakyat, menteri itu berkata bahawa masyarakat dan kerajaan tempatan masih belum bersedia untuk pilihanraya PBT.