'Pengganti Zuraida? Kita akan sokong sesiapa yang dicalonkan pimpinan Bersatu'
  • 2 years ago
Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata, ahli parti itu akan menyokong mana-mana pemimpin yang akan dicalonkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menggantikan Zuraida Kamaruddin sebagai menteri industri perladangan dan komoditi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Sinar Harian semalam yang memetik sumber bahawa dia merupakan salah satu daripada empat calon yang dipertimbangkan Bersatu untuk dilantik menggantikan Zuraida yang keluar parti baru-baru ini.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=Dbp05f_QIos