3 lagi adun PH keluar parti, isytihar sokong PN di Perak

  • 4 years ago
Selepas Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahri dari PKR, tiga lagi adun daripada PH mengambil langkah keluar daripada gabungan itu.

Ia sebaik selepas Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan pembentukan kerajaan Perak yang baru hari ini.

Tiga adun itu ialah Adun Tronoh, Paul Yong dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam - kedua-duanya daripada DAP - dan Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim daripada Amanah.

Keputusan Hasnol boleh dianggap sebagai tamparan besar buat Amanah memandangkan dia merupakan ketua pemudanya.

Mereka mengisytiharkan keluar parti masing-masing dan mengisytiharkan sokongan terhadap PN dalam sidang media di Ipoh, Perak, hari ini.