Adun PKR keluar parti, PN cukup majoriti dalam DUN Johor
  • 4 years ago
Perikatan Nasional (PN) akhirnya mempunyai majoriti cukup dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Ini susulan wakil rakyat PKR bagi kerusi Pemanis Dr Chong Fat Full keluar parti dan menjadi wakil bebas mesra PN.

Chong mengumumkan perkara itu dalam sidang media bersama Menteri Besar Hasni Mohammad serta Adun Muafakat Nasional.

“Saya sudah buat rundingan dengan penyokong saya, pengundi saya, keluarga, kawan-kawan, sudah fikir. Bagi saya (bila) cukup matang baru buat (keputusan).

“Pasukan MB cukup sabar dengan saya, kerana mereka tahu susah bagi saya sebagai ahli PKR, semangat PKR, dah lama dengan PKR untuk buat keputusan ini,” katanya.

Chong menafikan telah ditawarkan sesuatu untuk berbuat demikian.