PAS umum cukup majoriti tubuh kerajaan di Kedah

  • 4 years ago
PAS Kedah mengumumkan bahawa mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri baru di Kedah selepas Menteri Besar Mukhriz Mahathir hilang kepercayaan hari ini.

Dalam sidang media hari ini Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Muhamad Sanusi Md Nor berkata bahawa seramai 19 Adun di Kedah bersetuju untuk menubuhkan kerajaan negeri baru.

Beliau turut mendakwa bahawa sebanyak 23 Adun termasuk empat daripada Bersatu telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Mukhriz.