Ahmad Maslan- Hidupkan semula POTA, POCA dan SOSMA

  • 4 years ago
Ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan hari ini menggesa kerajaan untuk memperkenalkan semula undang-undang keselamatan yang kontroversi sebelum ini iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

Beliau juga mencadangkan agar pasukan polis elit iaitu Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dihidupkan kembali.

Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) menyokong gesaan itu dengan mengatakan bahawa kadar jenayah sebelum ini turun ke tahap 42% kerana perlaksanaan undang-undang keselamatan ini.