Ku Li mahu hidupkan semula 'Umno lama' yang diharamkan
  • 3 years ago
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah merancang untuk menghidupkan kembali "Umno asal" yang diharamkan ketika era pentadbiran bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Kata Ahli Parlimen Gua Musang itu, "Umno asal" yang diharamkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) "tidak pernah diharamkan" kerana ROS tiada kuasa untuk berbuat demikian.

Umno diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988, berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli-ahli Umno yang mengheret parti itu ke mahkamah bagi mencabar keputusan pemilihan parti berlangsung pada 24 April, 1987.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/592239