Hakam: MKN 2015 lagi zalim daripada SOSMA dan POTA
  • 8 years ago
Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) menyifatkan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan pada 3 Disember lalu lebih zalim daripada Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

Presiden HAKAM, Datuk Ambiga Sreenevasan bimbang berlakunya penyalahgunaan kuasa untuk mengistyiharkan kawasan keselamatan yang membenarkan pihak berkuasa menangkap, menggeledah dan menyita tanpa sebarang waran.