Covid-19: Eropah, AS bayar harga mahal untuk kebebasan, kata Dr M
  • 4 years ago
Kejayaan China dan Korea Selatan menangani penularan wabak Covid-19 banyak didorong faktor disiplin dan sikap rakyat yang patuh pada arahan kerajaan, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Hal itu, katanya, berbeza dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang terlalu menjunjung kebebasan hingga menyebabkan rakyat mereka ingkar terhadap arahan kerajaan dalam usaha membendung pandemik itu.