'Inilah harga mahal terpaksa dibayar Muhyiddin' - Puad

  • 3 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terpaksa membayar 'harga yang mahal' untuk mempertahankan kerajaannya termasuk cubaan mendapatkan perisytiharan darurat yang gagal.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Puad Zarkashi berkata harga yang mahal itu terpaksa dibayar Muhyiddin kerana tiada kejujuran politik.