A.S akan bayar $1b untuk 100 juta vaksin dihasilkan Johnson & Johnson

  • 4 years ago
Perlumbaan untuk mendapatkan vaksin coronavirus kini semakin hari semakin pantas.

Johnson & Johnson - syarikat terbaru yang mengumumkan pada hari Rabu bahawa kerajaan Amerika Syarikat telah berjanji untuk membeli 100 juta dos vaksin Covid-19 yang masih dibangunkan dengan harga lebih dari $ 1 bilion.

Vaksin berpotensi daripada J&J itu kini sedang dalam ujian klinikal peringkat awal menggunakan sukarelawan sihat di Amerika Syarikat dan Belgium.

Laporan oleh Reuters.

Recommended