E-learning punya cabaran, 36% pelajar tiada sebarang peranti

  • 4 years ago
Kerajaan menyedari bahawa proses pembelajaran dari rumah mempunyai kekangan terutamanya berkaitan pemilikan peranti yang sesuai dan akses kepada internet.

Menurut Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin, kaji selidik Kementerian Pendidikan yang telah dijalankan kepada lebih 670,000 ibu bapa dan hampir 900,000 pelajar mendapati antaranya, 36.9% pelajar tidak mempunyai sebarang peranti.