'Tiada pergerakan di Wuhan' - Pelajar Malaysia di Wuhan
  • 4 years ago
Seorang warga Malaysia, Balachandar Subramaniyan yang juga seorang penuntut PhD di Wuhan telah mengirimkan video rakaman kepada Malaysiakini mengenai perkembangan terkini beliau di pusat wabak koronavirus itu.

Bala yang merupakan kakitangan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sudah berada di Wuhan selama 3 tahun bersama keluarganya. Dia kini melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang Geochemistry di China University of Geosciences.

Menurut Bala lagi, pihak universiti sentiasa memberi perkembangan terkini kepada pelajar melalui aplikasi Wechat. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Kedutaan Malaysia di China juga turut menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada 8 orang pelajar Malaysia di Wuhan.