RM30k untuk Adun Selangor bantu rakyat terjejas Covid-19
  • 4 years ago
Peruntukan khas sekitar RM30,000 akan diberikan kepada 56 Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor untuk perbelanjaan aktiviti Mesra Rakyat, khususnya untuk keperluan harian individu dan keluarga yang terkesan dengan Covid-19.

Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pakej rangsangan yang dikenali sebagai Pakej Selangor Prihatin yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari hari ini.