RM5.8 juta dari Tabung Covid-19 akan diguna bantu rakyat
  • 4 years ago
Tabung Covid-19 yang dilancarkan kerajaan pada 11 Mac lalu telah menerima RM8.129 juta sumbangan setakat ini.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, RM5.8 juta daripada jumlah itu akan digunakan untuk membantu rakyat, terutama golongan miskin.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengedarkan bekalan makanan kepada golongan miskin dan mereka yang memenuhi kriteria," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ismail berkata perincian berkenaan perkara itu akan diumumkan kementerian tersebut nanti.
Recommended