"Saya tak tahu" - Tony Pua
  • 4 years ago
Kira-kira dua jam sebelum mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berlangsung, kelihatan salah seorang pemimpin kanan parti itu tiba di bangunan ibu pejabat parti terbabit di Pudu, Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi.

Bagaimanapun Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, enggan memberi sekarang kenyataan.

"Saya tak tahu," katanya apabila ditanya media sama ada beliau hadir untuk menghadiri mesyuarat berkenaan atau sebaliknya.

Menurut setiausaha politik menteri kewangan itu, beliau datang untuk menyelesaikan "hal-hal lain".

Sebelum ini dfahamkan DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabatnya di sini, susulan spekulasi ia mungkin disingkirkan daripada Pakatan Harapan susulan penyusunan baru politik.